October 27, 2009

Tilam Alas utk Akad Nikah









Tilam alas untuk kegunaan semasa akad nikah. Refer pada post sebelum kahwin mengenai tilam ni - AKAD NIKAH PILLOW, sebenarnya lain design yang diminta untuk dijahit pada tilam ni. Tapi, lain plak jadinya. Hmm, nak wat camna lagi..terpaksa la redha dengan apa yang dibuat oleh tukang jahit tu. huhuhu..walaupon hati sedikit kecewa. Asalnya design ni adalah macam photo dibawah ni.

Abang Anuar, abangku yang sulung yang tolong design kan. Still gunakan konsep bunga tulip. Ikutkan permintaan aku, bunga tulip tu aku minta jahitkan guna colour putih, dan di tambah dengan benang silver untuk naikkan seri. Time pi amik tu aku kecewa sebab tukang jahit tukar design dan tukar colour. Aku tak suka colour purple yang dia gunakan. Tapi, nak buat macam mana lagi. Time tu tinggal lagi 3 hari nak majlis. Terima la seadanya. Itu lah alkisahnya..sekian terima kasih..

Eh, terlupa plak. Untuk sesapa yang berminat nak pinjam atau sewa, boleh la contact saya ok..kepada yang serius berminat saja la ya. Boleh tinggalkan pesanan atau comment dia bahagian comment atau pon pada chat box. Tapi, untuk disewa saja, bukan untuk dijual..not for sale :D

October 26, 2009

The Solemnization Place - Pembikinannya














Tempat akad nikah - semuanya hasil ilham aku sendiri dan dibantu oleh orang-orang tersayang (Ayah, Mak, Kak, Abang, Abang Teh, Chuha, Ipar-iparku, anak-anak sedara ku). Warna dinding ni, ocean blue adalah pilihan aku sendiri. Aku dan ayah yang mengecat. Asalnya dinding berwarna pink. Aku tak suka pink. Tapi ayah tetap tinggalkan sikit kaler asal dinding tu..nampak sweet jugak..sangat creatif ayah ku ini. Bunga tulip kami jadikan bunga untuk konsep ataupon tema majlis kawin ku ini.

Tulip, bunga kegemaran Mak & jugak aku sendiri..bunga yang simple tapi amat menarik. Bunga tulip yang besar-besar tu Kak Aida yang belikan, Kak Aida adiahkan untuk aku. Terima Kasih Kak Aida.
Bekas kayu untuk tulip yang pendek tu hasil tangan Abang Teh. Aku design apa yang aku nak, dan mintak tolong Abang Teh buatkan. Hasilnya sangat memuaskan hati. Asalnya tak cat. Tapi ayah kata tak cantik. Maka ayah cat kan kaler brown. Ahahah..aku amat suka. Itu kan kaler tema yang amat aku mimpikan selama ni. Ayah memang tau citarasa aku.

Di dinding pulak, aku letakkan cermin-cermin untuk aku dapatkan pantulan warna lain di dinding hadapan. Nampak cam aku gantung frame gambar kan? Padahal ianya adalah cermin yang aku beli dengan harga yang sangat murah, cuma RM3.90 satu..huhuhu. Asalnya aku nak dinding tu so simple, cuma nak letak cermin. Tapi, ayahku yang kretif ni kata kosong sangat. Makanya dia belikan frame ukiran kayu tulis ayat suci tu. Nampak sangatla nice sebab frame kaler brown..brown on ocean blue wall. Great !!

Dipenjuru ruang akad nikah tu, kami hiaskan dengan bunga tulip yang agak besar dan tinggi yang diletakkan dalam vase kayu..ayah jugak la yang susun bunga-bunga tu pada tempat seperti dalam photo..ehehe..ayah kan kretif..sama gak macam mak..sayang ayah & mak!

Hasilnya adalah seperti dalam photo-photo di atas. Photo paling atas tu adalah time lepas selesai akad nikah..alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Segala apa yang aku impikan untuk hari bahagia tu, semuanya aku dapat walaupon tanpa aku rancang dengan teliti. Segalanya seolah-olah aku dah plan baik-baik. Padahal, memang langsung aku tak plan..tapi, semua ahli keluarga yang bersatu hati telah jadikan mimpi aku tu satu kenyataan..terima kasih semua..kakcik sayang semuanya

October 22, 2009

26-09-2009 - Majlis @ Kuala Ketil



Tiara With Blue Veil On Wedd Day


Ini hasilnya...tiara dan blue veil.. tiara tu dijahit ke veil oleh student-student gulrs RPS ku yang tertungkus lumus membantu ku di malam sebelum majlis berlangsung..terima kasih awak semua..saya sayang kamu semua :D

Gambar tiara & blue veil sebelum majlis..

Hantaran Untuk Ku


9 dulang hantaran dari suami untuk ku..
terima kasih kakak ada & keluarga suami yang menyiapkan hantaran yang cantik nih..
pilihan warna yang sangat menarik..aton suka sangat :D

Album merah berisi duit hantaran..cover diletakkan gambar kami berdua..hihihi..nampak sweet jugak..anisah yang cari gambar ni dalam fotopages.

Jam tangan Citizen Wicca didalam kotak putih..hmm, menarik tu. Saya suka!

Rantai tangan Bonda Mertua yang pilih. Pilihan yang memang buat saya teruja :D..not bad pilihannya..Terima Kasih Bonda.

Dalam kotak kecil merah itu, cincin kawin. Tak nampak plak dalam ni.. Hehe..cincin pilihan kami sendiri :D ..design yang sangat simple

Himpunan hantaran-hantaran..

(1) Sirih Junjung
(2) Cup Cakes
(3) Buah-buahan
(4) Telekung & Sejadah
(5) 2 Helai Kain Sutera + Tudung Bawal
(6) Lenovo Notebook 10 inches
(7) Coach Pouch Bag & Clark Pancake Shake Sandal
(8) Jam Citizen Wicca, Rantai Tangan, Cincin & Duit Hantaran
(9) Set Perfume & Toiletries The Bodyshop Whitemusk

Cup Cakes comel yang Bonda Mertua hasilkan..sangat sweet :D



October 21, 2009

The Bond








Citizen Wicca





Clark Pancake Shake - For me



October 18, 2009

Tulip Design For White Veil




Just nak share hasil sulaman tulip pada veil putih untuk akad nikah. Actually, design lain yg diberikan kepada tukang jahit, tapi lain plak jadinya. Apa-apa pun, cantik jugak hasilnya. Tetap memuaskan hati walaupon tak ikut design yang diberi. :D

Watches For Parent




October 9, 2009

Hantaran Wedding - Wallet & Belt Set






Hantaran Wedding - Sejadah, Kain Pelekat, & Kasut







 

Our Journey Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino Republish by Blogger Layout