






Tilam alas untuk kegunaan semasa akad nikah. Refer pada post sebelum kahwin mengenai tilam ni - AKAD NIKAH PILLOW, sebenarnya lain design yang diminta untuk dijahit pada tilam ni. Tapi, lain plak jadinya. Hmm, nak wat camna lagi..terpaksa la redha dengan apa yang dibuat oleh tukang jahit tu. huhuhu..walaupon hati sedikit kecewa. Asalnya design ni adalah macam photo dibawah ni.
Abang Anuar, abangku yang sulung yang tolong design kan. Still gunakan konsep bunga tulip. Ikutkan permintaan aku, bunga tulip tu aku minta jahitkan guna colour putih, dan di tambah dengan benang silver untuk naikkan seri. Time pi amik tu aku kecewa sebab tukang jahit tukar design dan tukar colour. Aku tak suka colour purple yang dia gunakan. Tapi, nak buat macam mana lagi. Time tu tinggal lagi 3 hari nak majlis. Terima la seadanya. Itu lah alkisahnya..sekian terima kasih..Eh, terlupa plak. Untuk sesapa yang berminat nak pinjam atau sewa, boleh la contact saya ok..kepada yang serius berminat saja la ya. Boleh tinggalkan pesanan atau comment dia bahagian comment atau pon pada chat box. Tapi, untuk disewa saja, bukan untuk dijual..not for sale :D

