June 24, 2009

Solat Sunat After Solemnization


This post is special dedicated to my beloved Fiance, Mr. Mohd. Fakhrul Hisyam Abdul Wafi. Please take note ya, my Dear..

Sumber wikipedia: Solat sunat Nikah adalah salah satu solat sunat dan boleh dilakukan sebelum dan selepas upacara nikah.

Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah.bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat.

Cara untuk mengerjakannya ialah:
berniat dengan lafaz niatnya:

Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar

rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

Solat sunat selepad nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki.

Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.

Cara untuk mengerjakannya ialah:
berniat dengan lafaz niatnya:

Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar

“sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun

Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

0 comments:

 

Our Journey Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino Republish by Blogger Layout